>

Sunday, May 29

Ini sebuah Kesimpulan.

Setelah dikaji serta diteliti oleh Profesor serta ahli ahli falsafah seluruh alam semesta.
Sebuah keputusan dan kesimpulan telah berjaya dirungkai.
Keputusan yang diperolehi adalah seperti be
rikut:

CARTA 5: YANG TIDAK DISUKAI MANUSIA

5) Perokok


smokers reflect. by Frida.


Mulut yang berbau. Gigi yang berlubang-lubang.Nafas yang busuk menusuk ke hidung.Akan membuatkan orang-orang sekeliling seperti pengidap asma mampu sesak nafas serta mati di tempat kejadian.Maka,berhentilah merokok untuk kesejahteraan sejagat.Kalau mengidam sangat nak merokok bolehlah mengambil biskut yang panjang berperisa strawberi atau coklat buatan manusia bernama "limah propa" atau sebagainya  untuk berbuat gaya seperti merokok daripada rokok ciptaan" jin lanun" dan sebagainya.Lebih sihat serta selamat.Kenyang pun kenyang.

4) Pemalas


Lazy...:) by SubtleSounds of Intensity

Akibat memiliki tulang yang lebih berat serta luar biasa daripada yang lain.Maka golongan pemalas ini kurang disenangi oleh golongan rajin seperti ulat buku dan ulat-ulat yang lain.Atas alasan yang kadang-kadang kurang rasional sehingga ada yang mampu ke tanjung rambutan maka atas alasan inilah golongan pemalas ini dijauhi serta tidak disukai.Oleh itu kepada golongan pemalas ini cuba-cubalah meringankan tulang serta rangka-rangka badan anda seperti membuat senaman lari berpagar atau pagar lompat pagar bergalah agar anda mampu menjadi rajin.

3) Pengotor

Akibat sifat semula jadi atau berjinak jinak dengan rakan yang kurang didikan yang bersih daripada ibubapa.Golongan pengorek garam-garam mineral seperti di kawasan hidung dan telinga seterusnya menelannya sehingga mampu menjilat jari kaki.Golongan seperti ini kurang disukai kerana sikap menyukai makanan yang luar biasa dan unik.Maka nasihat yang diberikan oleh pakar pemakanan sedunia sekiranya tidak mampu untuk berhenti secara terus eloklah sekiranya untuk permulaan makanan luar biasa itu dicampurkan dulu dengan sayur salad dan disalut dengan buah-buahan seperti epal agar lebih sihat dan seimbang piramid makanan yang diambil. Tidak lupa juga untuk mengelakkan makanan yang sihat lagi berkhasiat itu dikongsi bersama dengan makhluk bertanduk seprti rusa yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar eloklah juga membaca doa agar makanan unik lagi berkhasiat itu menjadi rezeki yang nikmat pada kita.

2) Penipu

Oleh kerana ingin nampak sempurna berbanding dengan yang kurang sempurna ini maka golongan ini akan cuba bercerita tentang perkara-perkara yang membuatkan orang di sekeliling terpukau seperti "aku ini sebenarnya orang kaya yang teramat sangat sebab Qarun itu bapak sebelah emak datuk nenek ipar susu aku tapi sebab aku lebih suka untuk hidup sederhana maka sebab itu aku tidak perlukan pakaian berjenama untuk bergaya serta lebih suka untuk hidup biasa" meskipun hakikatnya keluarganya dah memang sah-sah anak orang biasa.Oleh itu kepada golongan ini agar tidak lagi disukai maka apa yang boleh dilakukan ialah cuba untuk berlagak seperti diri anda yang biasa.Tidak perlu menjadi yang hipokrit atau luar biasa tapi seandainya perlu cukup jadi ajinomoto sekadar penambah perasa jangan lebih-lebih ya tidak elok untuk kesihatan badan yang sejahtera.

1) Pem-Buaya Tembaga


the playboy by roberto forte

Golongan ini telah mendapat tempat di hati peminat-peminat industri lakonan  serta industri perfileman tanah air.Dengan lagak gaya romantik serta panahan kata-kata yang mampu mengeluarkan kaca dan permata akhirnya mampu membuatkan manusia sekeliling menjadi "lembu disorong tarik hidungnya" menyerahkan segala-segalanya.Maka nasihat yang mampu diberikan kepada pembuaya sedunia dan bakal pembuaya yang cuba menceburi bidang ini. Seandainya ingin mengumpul dana serta barang-barang antik yang luar biasa lebih baiklah cuba untuk menabung wang untuk kegunaan masa depan kerana sekurang-kurangnya wang itu boleh digunakan daripada melabur selepas itu mula mencari barang-barang antik di muzium yang baru.



Dalam hidup kita akan bertemu dengan pelbagai ragam-ragam yang kadang-kadang mampu menggelikan hati serta menyakitkan jiwa raga kita.Tapi inilah warna kehidupan yang menjadi pensel warna dan krayon yang mewarnai hidup kita.
Yang buruk itu baiklah dikitar semula menjadi baik.
Yang baik itu eloklah digilapkan agar nampak lebik berkilat dan menyerlah.
Mohon agar hari-hari seterusnya di dalam kehidupan diserikan dengan cermin muhasabah.


p/s: Kehidupan adalah pendidik yang terbaik.

cultures of nature 3 by MarkSmallbones

"Setiap yang buruk berlaku itu adalah hikmah,
perkara yang baik berlaku itu belum tentu kekal selamanya,
carilah petanda yang baru hingga ke titian noktah,
kerana itulah tujuan ciptaan yang Maha Esa."


2 comments:

SMM said...

best ceramah ni -_-

Wook said...

Oh Thanks a lot.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved