>

Saturday, May 21

Coretan seorang Hamba kepada Ilahi.

Pernah dulu suatu ketika. Ada seorang anak dan ayahnya yang miskin mengunjungi sebuah keluarga yang kaya raya. Keluarga yang kaya raya itu adalah teman rapat ayahnya sejak zaman persekolahan.
Tanpa disangka,anak itu yang tergamam melihat kekayaan keluarga itu."Abah, besarnya rumah kawan abah ini.Bila agaknya adik dapa tinggal dalam rumah yang sebesar ini?'"
Bagi budak itu pertanyaan itu mungkin hanyalah suatu kebiasaan namun bagi ayahnya, itu mampu mengguris segelumit perasaan di benak hatinya.

Situasi 1.

the richest man in trinidad by urchino



Adik: Ayah, kenapa agaknya kita tidak dapat hidup senang? Ada kereta mewah, rumah bertingkat-tingkat, harta yang berjuta-juta, pangkat atau darjat yang tinggi?

Ayah: (Hanya senyum kecil lalu mula bertutur). Adik, senang sahaja. Sebab Tuhan tahu mungkin kalau adik dah kaya raya. Adik mungkin lupa abah.Adik mungkin lupa Tuhan dan silap haribulan abah pun adik hantar ke rumah orang tua sebab terlalu mengejar harta.Tuhan buat segalanya baik untuk kita.

Adik: Abah,adik mohon maaf.Adik bersyukur dengan segala apa yang ada.

Situasi 2.

the richest man by steph_who


Adik: Abang, apa gunanya kita jadi kaya raya, mampu untuk beli apa sahaja, hidup mewah namun kita kurang kasih sayang?

Abang: Adik, benar kadang-kadang kalau kita dah kaya raya kita mungkin mampu beli segala benda namun kasih sayang tidak dapat dibeli.Tapi, adik harus ingat mungkit Tuhan pinjamkan dulu harta Dia kepada kita agar kita dapat berbakti kepada yang tidak senasib dengan kita.Tuhan hanya mahu memberikan ujian kepada kita.Kadang-kadang ibubapa kita mungkin kurang berikan perhatian namun adik jangan lupa mungkin itulah yang mereka cuba berikan kepada kita.

Adik: Betul.Sekurang-kurangnya adik masih ada abang kan?

'muslim man and his grand daughter', yangon - 2008. by burma lay.


Kadang-kadang inilah noda-noda dalam meniti sebuah kehidupan.
Diberinya kekayaan mungkin kurangnya kasih sayang namun masih ada lagi yang mampu seimbangkannya.
Diberikannya kesusahan agar mereka yang tahu keperitan kesusahan itu akan cuba mengubahnya.

Sila bersyukur dengan apa yang diberi,
kerana jangan lupa segalanya hanyalah pinjaman semata-mata,
Sila amalkan sikap bersyukur dalam diri,
kerana masih ada yang kurang daripada diri kita,
Sila ingat ke mana arah hidup selepas mati,
kerana kita dapat cuba untuk berserah kepada yang Maha Esa.

p/s: Saya mula cuba menghargai segala yang diberi untuk kehidupan ini.

Why is everybody so obsessed 
Money can't buy us happiness 
Can we all slow down and enjoy right now 
Guarantee we'll be feeling Alright. 



"Dan saya mula jatuh cinta dengan suara si Dia"
- (Maddi Jane) -

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved