>

Sunday, March 13

Usahlah,

Bila diri dah kian remaja,
bila kini dah meningkat dewasa,
akan ada satu ketika,
andainya diri mampu untuk kembali ke dahulu kala,
untuk kembali menjadi muda,
untuk diri menjadi kanak-kanak,untuk masih lagi kebudak-budakan.
Bukan berniat menyalahkan takdir,bukan tangan nak menuding si dia atau sesiapa,
namun mungkin hanya meragui,atau diri masih tidak berpuas hati,
akan segala yang hakiki bagi segala yang terjadi,

Jiwa kanak-kanak itu riang,
jiwa kanak-kanak itu bebas,
jiwa kanak-kanak itu suci,
yang paling penting kanak-kanak susah mengenal apa itu masalah.
Dulu,
sewaktu melihat abang kakak dia menjadi dewasa,
dia mengimpikan dengan meningkat dewasa itu mampu memerintah,
serta dengan dewasa itu mampu berdikari seupayanya.
Namun,
dia tidak mengerti masalah yang bakal timbul,
persoalan yang akan singgah kerana dia masih belum mengerti jejak kehidupan.

Kini,
diri meronta-ronta,meminta-minta,
andainya mampu diberi peluang agar dia tidak membesar,
semuanya agar dia mampu berjumpa dengan Pencipta.
Bukan tidak menerima takdir yang telah sedia ada,
namun hanya meluahkan sekelumit perasaan yang sememangnya wujud,
Barangkali kerana manusia sentiasa berubah serta mahu melihat perubahan.


don't be what someone tells you to be
don't except what someone labels you as

don't think twice about listening to your heart & thoughts

you are you & thats what 
makes this world perfect
so don't 
ever 
change.

P/S:oH TUHAN.


167.365 ~ .even in death. by just.K

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved