>

Saturday, March 12

Tsunami Cinta,

Semalam,
sedar-sedar negara berteknologi tinggi Jepun tup tup dilanda tsunami,
Kuasa Tuhan memang tidak mampu disangkal,
hebat mana sekali pun teknologi,
tinggi mana pun ilmu yang terpahat dalam diri,
namun ajal maut bala bencana,
semuanya masih lagi ada yang berkuasa.
Untuk mereka yang terlibat takziah diucapkan,
moga mampu menerima segalanya dengan baik.

Kadang-kadang saat ini kita boleh mula tanya dalam diri,
atau boleh tanya pada yang terdekat dengan diri kita,
mana silap selama ini,mana salah sedekad ini
sesuatu ujian tidak akan mampu diterima seandainya tidak mampu diterima,
dan ujian yang diterima itu pasti ada sebab dan alasannya.
Hari ini mungkin kita baru dapat tahu bahawa kalau teknologi canggih mana pun,
kuasa Tuhan lagi canggih.

Mungkin ini tsunami cinta daripada Tuhan,
agar ada yang lalai agar kembali,
agar ada yang lupa agar menginati,
agar ada yang benci agar mencintai,

Hidup mungkin dua kali,
tapi di dunia hanya sekali,
oleh itu cubalah hayati dan buat pilihan yang paling sejati,
agar esok hari tak sesal menanti.

p/s:Sekadar mengingatkan!

2 comments:

Shafiq Azid said...

patutlah Jumaat hari tu mendung je kan.

Wook said...

yup2,n sjuk smcam jee.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved