>

Saturday, March 5

Kehidupan ( Episode 5)

Woman in Prayer by Karl O'Brien

Suatu masa dulu,
dia seorang terkenal,
pergi mana-mana semua orang tegur,
pergi lagi tempat ramai orang,semua akan bertanya,
"kak,gambar sekali boleh?"..
Biasalah bila dah terkenal kadang-kadang mulalah lupa akan asal usul sendiri.
Sekarang sahabat handai dah tak bermakna,keluarga entah ke mana,paling teruk urusan dengan Tuhan pun makin lama makin tergendala.

Kini,
biasalah Tuhan pasti lagi bagi peluang,
manalah tahu kan takut-takut ada sifat dalam diri nak berubah.
Namun dah biasalah manusia bila dah ada nama mulalah lupakan segala yang ada,
niat dalam diri nak mengejar dunia semata-mata..Makin lama makin hilang arah..
Kemudian sedar-sedar diri dah ada di dunia ciptaan semata-mata.Hanya fikirkan nak hidup lama,
hingga lupa janji dengan Tuhan yang pernah dicipta.

Seterusnya,
diri makin lama makin tua,
mulalah nak mengejar urusan Tuhan semata-mata.
Tapi dia lupa akan kuasa Tuhan yang Maha Esa.Bahawa dunia ini hanya persinggahan semata-mata.
Hidup pun tak lama kemudian mati pun mulalah rasa tersiksa.Saat ini baru tahu pahala dan dosa.
Saat ini juga baru tahu siapa yang lagi kuasa dan siapa yang lebih pandai berdrama.

Sudah adat manusia barangkali,
bila semua dah rasa cukup untuk hidup sekali lagi,
mulalah lupa akan tujuan apa singgah di sini,
hinggalah bila roh dah nak tinggalkan diri.
Masa itu baru mula tercari-cari,
saat ini baru mula minta diberi peluang sekali lagi,
tapi sayang semua itu dah tak bererti,
kerana Tuhan lebih tahu akan segala yang tersirat di hati.

p/s: Please be ready before it's too late..Appreciate all the things that ever happen.
Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved