>

Sunday, February 20

Kehidupan ( Episode 1)

Happy Life Under The Rainbow Umbrella Mosaic With Rainbow Quotes by Pink Sherbet Photography

Dalam kehidupan.
biasalah kalau ada masalah,
kalau tak apa gunanya hidup,
masalah bukan satu bebanan pun,
dan bukan juga sebagai tekanan,
masalah hanyalah soalan yang memerlukan jawapan,
serta tidak semua soalan mempunyai jawapan,
tapi kadang-kadang jawapan yang diberi boleh dipelbagaikan.

Dulu,
dia seorang penakut yang teramat,
waktu kecilnya dia akan berusaha menarik hati ibunya dengan tangisan,
tapi ibunya tidak pernah ada keluh kesah,
Kini,
dia tidak takut lagi,
namun ibunya masih lagi sumber semangatnya,
ibunya terus memberikan pengajaran zaman demi zaman,
Esok,
dia terus berharap,
agar dirinya tidak akan terus takut,
ibunya juga lebih mendoakan daripada dirinya sendiri..

Dalam sebuah kehidupan,
manusia akan terus mengarang,
diri itu akan sentiasa menjadi watak dalam sebuah ceritera...
Kisah yang berlaku pula ibarat lagu,
penuh dengan nada dan perasaan,
kerana itulah asam garam sebuah kehidupan.


p/s: i AM STILL a new learner!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved