>

Saturday, January 29

Kalau boleh diubah ?

Dalam dunia ini,
banyak benda yang terjadi,
tangan ini mulalah menggatal,
sambil hati dan minda serentak berfikir,
kalaulah boleh diubah benda itu pasti akan menjadi lebih baik,
biasalah..manusia tidak sempurna namanya,
kalau boleh nak ubah benda itu nak ubah benda ini,
kalau boleh diubah,saya nak masa dihitung lebih lama,
selama 0.001 saat,bukannya apa,
kerana yakin dan tahu,
setiap masa yang dilalui di sini berharga,
maka tidak mahu bazirkannya,
kerana kita perlu tahu dan percaya hanya kerana sesaat kita merugikan masa itu,
biasalah manusia..tamak tetap ada..
ianya mampu mencacatkan rekod kita untuk ke akhirat,

kalau boleh diubah,
saya mahu semua sejarah yang berlaku cantik-cantik semuanya,
kerana saya tidak mahu sejarah saya yang buruk ditayangkan,
lepas itu semua manusia tengok,
biasalah manusia..malu tetap ada..
namun saya tahu itu hanyalah impian yang takkan pernah terlaksana,
tapi tak salah untuk berangan kan?

kalau boleh diubah,
saya nak mimpi yang indah-indah saja,
bukan apa,
mimpi yang indah akan menyebabkan keceriaan emosi juga,
tak nak lah kerana mimpi buruk semalam menjejaskan emosi pada hari ini,
biasalah manusia..ego tetap ada,
keceriaan emosi lahir daripada peristiwa yang indah bukan?

kadang-kadang kita mahu dan ini,
tapi pernahkan sejenak kita berfikir,
sejauh manakah kita bersyukur?
sehebat manakah ciptaan Tuhan?
tinggi manakah ilmu kita?
jangan merendahkan nilai yang sudah tinggi di mata Tuhan,
bersyukurlah dengan apa yang ada,
kerana kita belum tahu,
apa yang akan ditinggalkan lagi untuk kita pada esok hari !

p/s : Sometimes we may feel that we are nothing but actually there are others that thought we are everything !

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved