>

Thursday, October 7

Prihatinkah anda?

Prihatinkah "anda"???

Prihatin?..mungkin satu perkataan yang senang untuk mengetahui maksudnya..

Yalah juz belek-belek kamus dewan edisi ke5..

Tut Tut Tut,,terus saja dapat..

tapi yang menjadi persoalan ialah adakah senang untuk ditafsirkan?
Yalah untuk diaplikasikan dalam hidup seharian.


Untuk menjadi prihatin mungkin mudah apabila anda tidak berpangkat..


Tapi bila dah berpangkat,dah ada kuasa..
Mula lar diri rasa bagai andalah TUHAN..  


Bukan itu yang ingin dipersoalkan tapi cuba ambil masa...
tak lama pun..seminit or beberapa masa..
cuba menilai "sejauh mana kejayaan yang dapat dicapai kalau nak mengubah sesuatu yang tinggi umpama menggapai bintang di langit sedangkan tanah yang sejengkal di kaki belum tentu dapat dikorek lagi"


Prihatinkah anda bila ada yang hidupnya masih lagi papa kedana,
tapi anda hidup dalam harta yang tujuh keturunan dapat merasa,

Prihatinkah anda bila ada yang merungut tentang keadaan semasa,
tapi anda masih berkata itu hanyalah perubahan semasa,

Prihatinkah anda bila ada yang mempersoalkan tentang kehidupannya,
tapi anda hanya berdrama bahawa ini adalah suratanNya

Prihatinkah anda bila ada yang tidak mampu untuk membiaya,
tapi anda tiap tahun orang yang membuat jamuan raya,

Prihatinkah anda untuk semua ini?..  




Jangan hanya pandai berkata-kata,
tapi hasilnya entah apa-apa..


opppppssss..p/s maaf andai ada yang terasa..


tapi just ekspresikan apa yang terang dan nyata!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved