>

Tuesday, October 12

kuasaNya

Kalau hendak dihitung-hitung secara normalnya..


Kerdil sahaja manusia ini di mata pencipta kita..Yang Maha Esa..


Dan tak dapat dinafikan bahawa dunia ini sangat kecil sahaja kan..Yalah kelmarin dengar negara jiran kena serang bom.Hari ini pulak dengar kemalangan di sini..Begitu hebat kuasa Tuhan..


Benar kata orang..ajal orang tak ada siapa yang tahu..minggu lepas masih lagi sihat tubuh badan..namun keesokan hari jatuh sakit sedar-sedar malam terus dijemput Izrail..


Apa guna jadi kaya kalau hidup asyik didengki orang..last-last meninggal pun hanya pakai kain putih jugak..tak kurang jugak yang tidak sempat dikafankan pun..yalah kalau badan dah hancur berkecai kena BOM..tak ada daya nak kafan-lah jawabnya..


Namun apa yang paling menyayat hati ialah kemalangan yang telah meragut 12 nyawa atas kemalangan bas ekspress..sayu dan sedih dibuatnya..yalah,kalau mayat bergelimpangan macam pergi berperang pasti pedih roh meninggalkan jasad..


timbul rasa keinsafan dalam diri..mula untuk membuka hati untuk memaafkan orang serta tak lupa juga untuk memohon maaf..










*moga segala amalan yang kita lakukan diterima olehNya serta mohon kita akan ditempatkan di Jannah bersama para sahabat yang kekal abadi.*


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved