Berhentilah membidik dan mengherdik,
seolah hanya diri kita yang cerdik.
Teruslah mendidik,
agar matlamat diri mampu diputik.
Jangan mengharapkan barang yang buruk menjadi baru,
kerna adakala yang bisu akan kekal menjadi bisu.
Berikan mereka harapan yang baru, yang bakal membantu,
mungkin mereka tak menjadi baru.
Sekurangnya mereka sedar masih ada tempat sandarkan bahu.
Buat yang bisu tak pernah malu.
Kerna sempurna itu bukan pada hakmu.
Aku membesar dalam komiti yang senantiasa diberikan kesenangan.
Yang aku tiada rasa senang untuk mengalah, tiada rasa serba kekurangan.
Hingga makin lama aku mungkin bakal lupa tentang pahit manis kehidupan.
Yang bukan semua orang diberikan keriangan.
Terima kasih buat Tuhan.
Yang walau jauh aku pergi meninggalkan.
Rahmat dan kasih sayangnya masih dekat bahkan tidak pernah ketinggalan.
Aku tidak pernah dibesarkan untuk menikmati kejayaan.
Tapi, aku diberikan nasihat yang berpanjangan.
Biar aku tidak senang dengan kekayaan.
Biar aku merasa sedikit kekurangan.
Biar aku jatuh ke belakang atau tercicir daripada tempat yang depan.
Aku tidak akan pernah merasa aku ketinggalan.
SKSB.
Kenangan yang baru buat diriku.
Keriangan mereka pengubat sakit aku.
Semangat mereka nasihat terbaik buat diriku.
Tak salah untuk seseorang belajar daripada budak-budak, pucuk yang baru.
Kerna kita tahu, jiwa muda mereka membuatkan mereka tiada rasa malu.
Untuk mengalah bila tiada tempat untuk bersandar bahu.
Mungkin ada masa perasaan itu yang lebih laku.
Paling penting,
di sana aku belajar banyak perkara.
Tentang pentingnya masa.
Pentingnya bahasa.
Dan, paling penting,
di sana aku belajar tentang kuatnya yang Kuasa.
Hebatnya kasih sayang ayah dan bonda.
Semuanya kerana malam itu,
" Mak,
adik minta maaf. Haritu mak suruh adik pergi kedai belikan barang-barang. Adik tak nak, adik marah mak sebab paksa adik. Adik cakap, " eei adik penatlah. " Adik lupa, mak lagi penat. Mak bangun pagi masakkan makanan kegemaran adik setiap hari sebelum adik ke sekolah, mak lelah kerja sampai malam. Adik perasan waktu tu mak diam sahaja, mak tak kata apa-apa, mak tak marah pun dekat adik, mak senyum sahaja. Tapi, adik tengok mata mak bergenang dengan air mata. Adik tahu mak senyum terpaksa tapi adik ego, adik buat tak tahu saja. Mak, adik minta maaf.
Mak, adik rindu dekat mak, adik rindu masakan mak. Dulu, adik paling benci dengar suara mak. Tapi, sekarang suara mak yang adik paling rindu. Mak, baliklah. Adik rela kena marah, kena leter, adik nak dengar suara mak!
Mak, sebelum pergi sekolah. Mak selalu cium dahi adik-adik. Mak cium depan kawan-kawan adik. Adik malu! Adik dah besar! Tapi, sekarang mak baliklah. Adik rindu ciuman mak! Mak, balik sekolah mak akan peluk adik, adik rimas, panas. Tapi, mak baliklah. Peluklah adik. Adik rindu pelukan mak.
Mak, dulu waktu adik sakit, adik ingat lagi mak sapukan ubat untuk adik, mak tak tidur jagakan adik, muka mak risau sangat-sangat.
Mak...
Bangunlah mak, lama sangat dah mak tidur. Adik rindukan mak. Adik sunyi. Tak ada siapa lagi mampu temankan adik macam mak teman dulu. Mak..Mak..Mak. Maafkan adik!
Baliklah mak. "
Suatu masa,
ibu bapa kita akan pergi.
Mungkin sudah ada yang telah pergi.
Sedih, rindu semuanya terletak di dalam hati.
Hati kita mampu sembunyi.
Air mata kerinduan ada masa ianya hanya mampu mengalir di pipi.
Tapi,
apa guna penyesalan sekarang andai dulu bila ianya ada kita tak pernah luahkan sayang.
Apa guna jika rindu hanya terukir di bibir,
tapi bila perginya mereka tiada amalan buat mereka berdepan neraca timbangan Tuhan.
Untuk yang hidup,
teruskan berbakti.
Untuk yang pergi,
kirimkan doa ikhlas di hati.
Banyak yang kita cinta,
walhal bukan milik kita selamanya.
Banyak amanah yang perlu dijaga,
tapi tidak penah digilap bagaikan permata.
" Bila masa dia buntu, kita tidak pernah membantu,
bila masa sikapnya dungu melulu, baru mula kita mencari tempat menyembunyikan malu "
- Setiap yang berhijrah, pernah lalui masa jahiliah.
Usah ungkitkan yang salah, sedang yang benar sepahnya melimpah -
p/s:
Mungkin 25 credit hours terlalu berat buat diri ini. Terima kasih atas semangat dan kasih sayang.
Pengalaman jatuh sakit dan pengsan kerana tiada cukupnya rehat.
Tapi, Tuhan itu kuat.
Dia memberikan kekuatan pada sahabat yang tiada henti mendoakan kesembuhan.
Pengsan pada hari itu,
aku merasainya. Cukup hanya itu sekali,
kerna dulu pernah aku bertanya apa yang bakal aku mimpi.
Rupanya hanya tidak sedarkan diri.
No comments:
Post a Comment