>

Sunday, December 16

Bermadah.


Kata orang bila dua hati dah bersatu, 
apa jua yang berlaku dalam diri tidak perlu punya rasa ragu.

Jangan melihat perihal seseorang hanya dengan perilaku sahaja.
Ada masa, hati dia ibarat kaca. Senang dipecah, mudah terluka.
Jangan menilai diri seseorang hanya dengan carutan katanya sahaja.
Ada ketika, aksi dia mampu membuatkan sekeliling terbuka mata


Dalam memilih pasangan sehati sejiwa.
Ada ketika kita terlampau memilih rupa.
Hingga diabai pilihan agama.
Manusia mula dikata tidak sempurna.


Ada anak kecil, mula merangkak dengan penuh teliti.
Ibunya melihat dengan berhati-hati.
Bimbang andai anak kecil melukakan diri.
Kasih ibu sememangnya sebati.

Ketagihkan kasih, hati akan mati.
Dahagakan masa, masa tidak kembali.

Apa jua kita buat. Jangan pernah mengeluh. Walau ianya satu dosa.
Cukup dengan ada rasa sesal.

Mengeluh tidak membawa perubahan. Ianya hanya reaksi bagi meluahkan emosi.
Tapi, sesal membawa kepada kebaikan. Ianya terapi diluahkan hati.

Tidak pernah terlambat untuk berubah. Hanya jika mahu berubah.

p/s:

Setelah lama, agak lama. 
Hati mula dibuka untuk sang pemuja.
Bagi mulakan langkah bicara.
Untuk menggoda si permata hati yang merah menyala.
Ia milik seorang jejaka.



Main kata, sopannya tidak dijaga. 
Main kiasan, perasaannya mula terasa.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved