>

Sunday, October 21

Sensation of a symmetry.

Image and video hosting by TinyPic

Tak kenal maka tak cinta. 
Bila dicerita hati boleh berubah menjadi suka.

Dalam kehidupan, kita tidak pernah tahu apa yang berlaku waktu kita masih kecil. Sebab ada perkara yang tidak dicerita bila tidak ditanya. Maka, atas cuti yang sangat panjang cuba juga lah untuk mewawancara my mum macam mana diri ini.

Bila dah tanya baru tahu betapa buruk juga lah perangai diri ini.

My mum beritahu yang I adalah seorang budak yang sangat-sangat suka menangis dan menyusahkan waktu kecil. Err, agak menjengkelkan di situ. Tapi, nasib lah hati seorang ibu ni lembut. Buruk mana pun seorang anak tu dia tetap terima.

Agaknya sebab anak lelaki yang pertama kot so my parents macam excited sikit lah kot. Tumpu lah kasih sayang lebih sikit. Nak buat macam mana dah kalau dua-dua atas tu perempuan jadi bila dah dapat anak lelaki ni mesti lah rasa macam protective sedikit kot. 
Ya ke macam tu? Apa-apa saja lah.

Guess what? My mum told me that ada lah satu masa tu i was cried untuk naik atas. Then, my mum macam dah rasa bising sangat kot so naik juga lah atas. Bila dah sampai atas when my mum nak turun i was just cried once again nak turun balik. Macam nak kena pelempang kot. Perhaps, perkara ni berlaku beberapa kali kot. Jadi, nampak sangat lah di situ bahawasanya budak ini sangat-sangat gedik, manja dan membuatkan orang menyampah di waktu kecil.
So what!

Sebenarnya, baik atau buruk kita di masa lampau. Kita harus terima, kita sememangnya tidak mampu untuk mengubah masa lampau tapi tidak semestinya kita tidak perlu bersedia untuk masa depan.

Satu perkara yang kita perlu tahu. Menangis itu tidak menampakkan seseorang lemah tapi sebenarnya mampu mematangkan seseorang. Air mata yang mengalir itu sememangnya tidak mampu memadamkan kelukaan yang dialami atau kegembiraan yang dirasai tapi sekurang-kurangnya ia mampu memberikan kelegaan dan menjelaskan penglihatan kita untuk melihat dunia ini dengan pandangan yang lain. Hanya yang melaluinya akan mendalaminya.

Perempuan tidak ramai sakit jantung kerana kebanyakan mereka bukanlah seorang yang pemendam dalam hati tapi melepaskan. Mungkin bila kita melepaskan itu nampak seakan-akan tidak perlu tapi kadang kala ianya lebih baik daripada memendam. 

Tetapi, seorang lelaki lebih banyak memendam lagi kan banyak menyimpan.
 Jadi, lama-lama mula jadi bara dalam jiwa.
Panah dalam luka. Parut yang ketara, tapi tidak jelas di mata.

Money can't buy time but tears can make you alive.

p/s:

Lepaskanlah sesuatu dengan hati yang rela. Walau kita terluka sekurang-kurangnya kita akan merasai lega.
Biar hati mula untuk berbicara.
Tangisan mampu menyakitkan mata, tapi ia juga mencantikkan jiwa.


Funny how if you're dying, suddenly everyone loves you.

 
Today's fact.
People that laugh more generally 
are able to lose more weight quicker. 

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved