>

Friday, October 5

Gelap.


Semalam.
Dia mahu masa diundur. Agar segala bicara mampu terluah dengan hati yang jujur. Walau sedar segalanya sudah diatur.

Ada sesuatu yang kita sudah tahu akan jawapan. Tapi kita masih memutarkan persoalan. Sebab kita tidak berani berdepan dengan kebenaran. Walau kita tahu itu semua sebuah aturan.

Kita sememangnya mengetahui bahawa masa lampau tidak akan kembali. Insan mati tidak akan terjaga walau tangisan membasahi pipi. Walau sakit sudah sampai ingin bertemu Ilahi, dan walau pedih bila dipermainkan cinta hati.

Kita tetap mengharapkan agar segalanya bisa diulang lagi.

Dunia mula gelap.
Kegelapan tidak semestinya bermakna kita harus berpatah ke belakang. 

Ada masa kita perlu buktikan kepada seseorang. Bahawa bukan payah untuk menjadi senang. Tidak panjang untuk memiliki hati yang tenang. Begitu mudah untuk lupakan yang curang.

........................................................................................................................................................

Tidak perlu bimbang jika diri dilahirkan dengan air mata yang murah. 
Yang selalu mencurah-curah bila timbulnya perasaan resah.
Tiada siapa yang akan ambil kisah.
Bila kita hanya tinggal sejarah.

Kita juga hidup untuk memiliki dan dimiliki. Kita hidup dengan peranan yang telah diberi. Jadi mengapa harus peduli pada sesuatu yang pergi? Bila ada sesuatu yang pasti diganti?

Bulan bertemankan bintang. 
Tapi matahari tidak berteman. 
Matahari tidak pernah menentang. 
Dia tahu bulan bercahaya kerna sinarannya yang nyaman.

Ada sesuatu dalam diri yang masih berdiri kaku.

p/s:


I vow that the puzzle could never be solved. 
You may have all the pieces.

But it would never be something if the memories never stay there.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved