>

Saturday, October 8

Perihal Semalam.



Dan perkara semalam masih lagi di ingatan.

Kadang-kala hidup ini tidak boleh dijangka. Kita bangun di pagi hari namun kita mula bersedih di penghujung hari.
Kerna hidup penuh dengan pancaroba.

Dan dia tahu bahawa hidup ini penuh dengan hala tuju.
Kadang kala bukan semua perkara berjalan selari dengan apa yang dirancang. Kita merancang untuk bahagia di dalam hidup tapi mungkin di pertengahan kita hilang arah.
Kerna hidup ini penuh dengan hikmah.

Semalam,
dia pergi. Dulu dia mengajar tentang erti sebuah kehidupan. Dia mengingatkan tentang sebuah kehidupan.
Penceritaannya penuh dengan gaya. Pendefinisiannya penuh dengan gelak tawa.
Dia tahu bahawa kehidupan ini hanya sementara.Namun tidak bermakna kehidupan yang sementara tidak memberikan kesan untuk kehidupan yang kekal lamanya.

Tangisan mula membasahi pipi. Suatu ketika senyuman itu mengukir mengilangkan keletihan di hati insan lain. Dan hari ini senyuman itu masih nampak cuma.
Kesannya jauh berbeza.Titisan air mata mula membasahi pipi insan insan di sekelilingnya.
Kehidupan ini tidak bisa dijangka.Kerana kita tidak tahu tentang apa yang berlaku seterusnya.

Apa yang pasti.

Kehidupan itu mengajar kita.

p/s:

Takziah untuk keluarga dia.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved