>

Saturday, October 15

Aku Rindu 1.

Dan sebenarnya perpisahan itu sememangnya sesuatu yang menyakitkan.

Air matanya mengalir.Kesedihan mula melanda dirinya.Suatu ketika dahulu.Dirinya terkenal dengan sikap ramahnya.Insan sekeliling pasti senang akan kehadirannya.
Namun, hari ini.
Senyuman yang dahulu mudah terukir kini seolah-olah hanya tinggal sebagai sebuah kenangan.
Dan sesungguhnya ramai yang merindui akan dirinya yang lama.

Kenapa harus bersedih bila diri ditinggalkan?
Hikmah pasti ada,
mungkin dirinya tidak sempurna untuk dirimu.

Kenapa harus bersedih bila insan tersayang pergi selamanya?
Hikmah pasti ada,
mungkin dirinya lebih disayangi olehNya.

Kenapa harus bersedih bila segala yang dirancang tidak terjadi?
Hikmah pasti ada,
mungkin itu yang terbaik tanpa kita sedar.

Dan bukanlah bermakna dalam sebuah kehidupan tidak perlu bersedih.
Perlu,
namun janganlah melebih-lebih.

Kerana, bukankah lebih baik sekiranya kita cuba untuk melawan kesedihan itu 
agar diri lebih bersikap terbuka?

Yang bernyawa pasti akan mati.
Yang sihat pasti akan sakit.
Yang muda pasti akan tua.
Tiada yang kekal melainkanNya.

Benar,
rindu itu pasti wujud.

p/s:

A girl was crying and a man saw her tears. Then, he said:

Dear, please wipe you tear.

It doesn't mean anything if you can't solve something.
But it will be a great thing if you can figure out a little thing.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved