>

Thursday, September 29

Kelemahan.



Dan dia sedar akan kekurangan dirinya.
Pernah suatu ketika dia cuba untuk mengalah.Dia mula putus asa.
Dia pernah bertegas bahawa tiada keadilan untuk dirinya.Dia mengiyakan bahawa kurangnya kasih sayang Tuhan ke atas dirinya.
Ke sana sini dia cuba untuk melawan takdir.Dia cuba menuntut untuk dilahirkan sebagai seorang insan yang sempurna.
Namun, siapa akan peduli? Siapa akan mendengar rintihan walaupun diulang berkali-kali?
Dan dia gagal.Dia gagal dalam mencari makna sebuah kehidupan.
Dia gagal dalam mengenali dirinya sendiri.Dan kegagalan yang paling perit dia gagal dalam mendalami makna takdir penciptanya yang kekal abadi.

Tiada sesiapa yang ingin dilahirkan sebegitu.Namun sudah kehendaknya begitu.
Tiada sesiapa yang ingin dilayan dengan sebegitu.Namun sudah ketetapannya begitu.
Tiada sesiapa yang ingin dipersoalkan dengan sebegitu.Namun sudah takdirnya begitu.

Berunding dengan masalah tidak akan menghasilkan apa-apa.
Dan lari daripada masalah jua begitu.
Masalah demi masalah akan terus mengejar.
Apa yang perlu adalah berdepan dengan masalah itu.

Kerana hidup tanpa masalah itu hidup yang sia-sia.

p/s:


 Terima kasih untuk perihal semalam. Sesungguhnya ada insan yang mula cuba untuk merindui.

 Berdepan dengan ketakutan lebih baik daripada tenggelam dengan keberanian.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved