>

Saturday, September 24

Bulan dan Bintang.

 And sorry, i know it was totally my silly mistake

Pasti di benak kepala kita mempunyai pelbagai persoalan.
Dan semestinya setiap persoalan yang terlintas di fikiran.

Sudah pasti kita menginginkan sebuah jawapan.
Dan setidaknya jawapan yang diterima itu diharap memuaskan

Namun, sedar atau tidak.
Semestinya kita mampu untuk memberikan berbagai jenis jawapan.
Tapi, apa yang pasti.
Belum tentu jawapan yang diberikan mampu untuk diterima oleh semua pihak.

Semestinya, tidak dapat dinafikan bahawa akan ada segenap manusia yang cuba untuk mempersoalkan mengenai jawapan.

Kerana itu fitrah manusia.
Sentiasa tidak berpuas hati.

Kerana itu lumrah alam.
Pasti ada yang mahukan lebih kepuasan.

Kerana kita berbeza cara pemikiran.
Maka sudah pasti kita kurang dengan kesempurnaan.

Ada insan yang mahukannnya sebegitu.
Tetapi kita pula harapkannya sebegini.

Apa yang pasti selaga kita ada perasaan itu dan ini.
Ianya tidak akan membataskan kita walaupun sekali.
Kerana kita sudah lahir dengan keadaan sebegini.
Kita tidak mampu untuk berulang ke masa lalu dan datang kembali.
Datang dengan gaya dan cara yang lain daripada diri kita sendiri.
Itu sudah pasti.
Itu kenyataan yang hakiki.
Walaupun pahit,
namun ianya sudah tercatit oleh Ilahi.

Tidak kisah walaupun kita berbeza dengan gaya pemikiran.
Mungkin kita akan terus bertelagah dan berkelahi.
Namun ianya tidak mendatangkan masalah.
Kerana begitulah kehidupan kita.
Kehidupan dalam mencari sebuah kesempurnaan.


Siang malam kita mencari keterangan dalam sebuah kegelapan
hingga mungkin kadang kala kita lupa bahawa ketenangan akan lebih dalam cahaya kegelapan.
Dan kegelapan itu tidak bermakna kita berada di sebuah lembah kesesatan.
Cuma kita sudah pasti berteduh di cahaya itu dalam mencari sebuah kebenaran.

p/s:


Bulan tidak pernah mempersoalkan mengapa wujudnya bintang-bintang di sisinya.
Namun bulan tahu bintang-bintang yang banyak menemaninya yang kesepian.


Maka,
mengapa kita sibuk mempersoalkan tentang ciptaan Tuhan
apabila kita sibuk memuji 
tentang indahnya malam diterangi cahaya 

bulan dan bintang?

*Okay,
Google
hari ini memang sangat comel
dan juga menyeronokkan.

 -kayy-

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved