>

Friday, August 19

Dan KisahNya.

5044592571_a078ce315c_z_large
Dan hari ini.
 Bermulalah satu kisah baru.
Permulaau sudah dicapai.  Pertengahan telah dilalui. Kini fasa terakhir kembali menanti.
Banyakkan amal. Tambahkan pahala. Kurangkan dosa.
Kerana kita hanya manusia yang hanya meminta. Dan terpulang pada yang Esa bagi menentukannya.

Tidak rugi sekupang pun kalau kita teruskan memohon.
Kerana andai ada sekelumit ihlas di hati pasti dia akan menunaikannya.

Dan ini adalah sebuah kehidupan.
Penuh dengan warna.
Dan tiada gunanya warna-warna ini andai warna ini hanyalah contengan semata mata.
Jadikan warna warna kehidupan ini adalah lakaran yang terbaik pernah dicipta.

Moga 10 malam terakhir ini kita bertemuNya.
Andai mungkin tiada kesempatan kita mendapatnya.
Tiada gundah gulana kerana sekurang kurangnya kita telah mencuba.
Dan selebihnya hanya terserah padanya.

Maafkan mereka yang salah.
Hormati mereka yang dewasa.
Sayangi sesama kita.
Lupakan segala sengketa.
Dan hiduplah dengan bahagia.
Mungkin tidak di dunia.
Tapi barangkali di syurga.

p/s:
Tidak perlu risau untuk buat kebaikan,
tidak perlu takut andai telah lakukan kesilapan.
 

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved