>

Monday, August 22

Bila ada segalanya.



Untung bila ada rupa.
Jalan mana-mana kau digelar rupawan.
Semua orang yang melihat pasti akan tertawan.

Untung bila ada nama.
Jalan mana-mana kau digelar datuk datin bagainya.
Semua orang yang mendekati pasti akan menyanjungi.

Untung bila ada harta.
Jalan mana-mana kau digelar manusia bergaya.
Semua orang yang mengenali pasti akan menghormati.

Tapi.
Apa guna kau cantik perangai macam itik.
Jalan sana-sana kau tergedik geni hina caci bagai.

Tapi.
Apa guna kau ada nama tapi keadilan hilang merata rata.
Kami di bawah mula teraba raba.

Tapi.
Apa guna kau ada harta tapi gila kedekut nak berbuat kebajikan.
Insan yang lemah dipijak ditomah begitu sahaja.

Kami tak cantik.
Namun kami cuba buat baik.
Sebab kami tidak peduli apa orang kata.

Kami tidak ada nama.
Namun kami sentiasa bercita-cita.
Sebab kami tidak pedulikan urusan dunia semata mata.

Kami tidak ada harta.
Namun kami masih punyai jiwa.
Sebab kami percaya masih ada yang berkuasa.

Dan.
kadang kala kami terlupa
kerana tiada yang mengingatkan.

Dan
kadang kala kami terleka
kerana tiada yang mengingatkan.

Dan
sesungguhnya perbuatan baik akan dibalas dengan baik.
kerana kesudahan yang baik pasti tiba di penghujungnya.


Seorang budak tidak mampu berkata kata. Dia bersedih dan berduka.
Lalu, ibunya menenangkannya lalu bersuara.


Anakku,
usah khuatir andai tidak mampu berbicara keran sesungguhnya ibumu takut kerana mulut dirimu mampu binasa. 

Dan usahlah dirimu risau kerana pasti Tuhanmu tahu bila dirimu cuba untuk berkata kata 
dengannya dalam sekeping doa di hatimu.


p/s:


Kadang kadang kita tidak mampu untuk berterima kasih untuk satu kuasa yang memberikan jiwa tetapi kita cuba memohon untuk kesempurnaan yang lain.


Maaf, diri anda penuh dengan noda!



6 comments:

Ana Shuwaa said...

haha,,penuh maksud yang tersirat :p

Wook said...

haha.
akan ada maksud tersirat pada yang mampu melihat.

Ana Shuwaa said...

heeeeee..sentap bagi sapa2 yang terkena ~

Wook said...

haha..
x apa biar terkena di sini.
jgn trkena di sana..

Ana Shuwaa said...

heee,,betul3..
good job :)

Wook said...

oh welcome lah..
thanks.hihi..
malu dh lah..

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved