>

Tuesday, July 5

Reaksi Redaksi Rumit.


Kadang-kala bila kita dipaksa untuk melakukan kerja yang bukan kita minat.
Bukan kita suka. Serta tidak pernah kita idamkan.
Ahhhh,hati pastinya terseksa.Jiwa lagikan nak meronta-ronta.Batin diri rasakan bagaikan dirantai.
Dan, di suatu sudut hati yang paling dalam hanya Tuhan yang tahu.

Bukannya kita tidak pernah untuk mencuba.
Pernah.
Namun, gagal.
Gagal tidak bermaknanya tidak mampu bangun.
Bangun, tapi rebah kembali.

Tidak ada lagi yang mampu menghulurkan bantuan.
Tidak ada lagi yang ingin mendengar keluhan.
Tidak ada lagi yang memberi sumber inspirasi.

Hilang begitu sahaja dibawa arus mimpi.
Hilang? Tidak bermakna ianya sudah tidak mampu dicari.
Ya.Segala usaha untuk mencari telah ada.
Tapi, hasilnya tidak seindah yang dicitakan.

Hari ini bukan seperti dahulu.
Esok tidak bererti kisah kelmarin harus tinggal begitu.
Masa depan tidak semestinya suatu detik yang perlu ditunggu.

Kadang kala ianya begitu.
Esok pula mungkin ianya akan begini.
Kerana inilah sebuah kehidupan.
Lihatlah langit, Pijaklah bumi, Dengarlah deruan angin,Rasailah keadaan sekeliling,
Lalu, tanyalah dalam diri.

Inikah suatu kompilasi dalam sebuah komplikasi?
atau 
ianya hanyalah suatu mimpi yang melengkapkan suatu realiti?



p/s: Kadang kala kita tertanya-tanya mengapa ia terjadi 
       tapi 
       pernahkah kita bertanyakan siapa pula yang menjadikannya pula?

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved