>

Thursday, July 14

Nostalgia Cinta


tumblr_l6zvhsGt5T1qbe3g6o1_500_large

Ini adalah sebuah kisah yang benar. Sebuah kisah yang menyentuh jiwa.
Sebuah ceritera yang membuka mata para pencinta.
Satu lagi sketsa cinta yang membuka lembaran baru buat insan yang baru mengenali sebuah kehidupan yang dalamnya mengandungi elemen kasih dan sayang.
Tiada insan yang inginkan kebahagiaa di awal penceritaan,
bertelagah di era pertengahan,
dan perpisahan yang tragik di akhir pengisahan.

Suatu masa dahulu. Tinggallah si Betina dan si Jantan dalam sebuah perkampungan yang aman.
Si Jantan pastinya menaruh kasih dan harapan terhadap si Betina.Namun, perasaan yang telah pun berulang kali ditunjukkan tidak diendahkan oleh si Betina.
Meskipun di sudut hati si Betina masih punya satu rasa yang mendalam terhadap si Jantan.

Setelah, lama bermadu kasih dan mengharungi suka duka bersama-sama. Malang yang tidak berbau telah menimpa. Si Jantan pergi selamanya tanpa diduga.Pemergiannya tiada langsung dijangka.
Sakit? Kecewa? Putus asa? Segalanya tidak pernah ditunjukkan oleh si Jantan. Akhirnya si Jantan pergi tanpa    
 dibalas perasaan yang membuak-buak di dadanya.

Setelah pemergiannya si Betina mula sedar akan kepentingannya.Namun, semuanya sudah terlambat kerana masa tidak lagi bisa untuk diputar kembali. Si Betina semakin lemah lalu sedetik selepas itu datang pula si Jantan yang lain menawarkan kasihnya. Atas sesalan yang lalu akhirnya si Betina menerima Jantan tersebut meskipun dia tahu di sudut hatinya masih tercatit sebuah nama yang akan kekal selamanya.

p/s: say that you love me. never never never.

song.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved