>

Saturday, July 16

Jangan terlebih Dos

Muslim Praying In Desert by OsMaN_93

Sedih.Pilu.Hiba.
Perasaan ini mendayu-dayu mencengkam jiwa.Obsesi ini terus membelenggu diri ini.
Langkah demi langkah. Derapan langkahan semakin longlai.
Resah.Takut.
Noda dan dosa yang lalu kembali menghantui.
Sesalan yang lalu kerana tiadanya perasaan malu membuak-buak di dalam dada.
Dalam diri, fikiran ini mula berfikir sejenak.
Namun, saatnya hanya seketika.Malangnya insan ini tidak sekuat yang diduga.
Fizikal yang tampak gah mula meronta-ronta.
Titisan demi titisan air mata mula membasahi pipi.
Mata yang suatu ketika tadi mampu untuk melihat dengan jelas,
kini ditemani dengan kaca-kaca jernihan permata yang membanjiri.


Apa kata Tuhan andai tiada rasa takut ketika hamba ini mula meranapkan bumi ini?
Apa kata Rasul andai tiada rasa malu ketika umat ini mula menebarkan dosa?

Apa kata Malaikat andai tiada rasa hina ketika insan ini mula menunjukkan lagak gaya?

Mampukah diri ini diterima untuk ke Syurga?
Atau adakah Neraka juga mampu menanggung beban sebesar ini?
Adakah diri ini masih mampu menyebut lafaz nama Tuhan yang mulia?
Teruskah untuk Muhammad mengaku bahawa insan ini adalah umatnya?
Bisakah pula Malaikat mencatat segala noda dan dosa?

Tuhan.
Hamba ini takut.
Rasul.
Umat ini malu.
Malaikat.
Insan ini mula rasa terhina.

Satu lafaz kata yang mulia mula membasahi bibir.
Syahadah.Kuasa keagungan yang kekal abadi.
Tiada kata sehebat kelembutan kekuasaannya.

Ampunkanlah segala dosa.
Terimakanlah segala yang ada.
Meskipun segala yang berlalu tiada lagi mampu dilupa.
Diri ini kembali lemah, rebah.
Seketika selepas itu, hilang sudah roh dari jasad.
Tiada lagi badan yang bernyawa.
Segalanya terhenti seketika.
Pergi, selamanya.
Kini, segala keputusan di tanganNya.

Salam Nisfu Syaaban.
Berdoalah,
merintihlah selagi jantung itu masih bernyawa.
Selagi roh masih lagi menemani jasad.

Dengarkanlah ayat-ayat yang suci selagi masih tidak pekak.
Lihatkanlah tanda-tanda yang nyata selagi masih tidak buta.
Sebarkanlah kata-kata yang indah selagi tidak bisu.
Pelajarilah segala ilmu Tuhan selagi diri ini masih berpeluang untuk menghayati.

p/s: Allah itu Tuhan.Muhammad itu Rasul.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved