>

Sunday, July 3

Cahaya- Part 3 ( Finale)


Kemudian, 
sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), 
sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar
 Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(an-Nahl: 119)

Kini, hatinya semakin tenang.
Dia dapat merasakan kenikmatan serta kemanisan jiwa dalam sebuah kehidupan.
Kini, dia mulai percaya dan dia juga semakin sedar.
Kehidupan ini akan menjadi  lebih bahagia andai bertemankan Tuhan yang satu.
Dia mulai bersyukur kerana sebuah cahaya yang menerobos masuk ke dalam kehidupannya.

Memang benar, syurga  dunia sememangnya untuk insan yang tidak mendalami konsep sebuah kehidupan yang sementara.
Maka, 
Tuhan pasti memberikan mereka berbagai kenikmatan untuk mengharungi kehidupan.
Agar mereka berfikir sejenak.

Kini, dia sudah melupakan segala-galanya.
Baginya kini sesalan yang lalu telah dibuang jauh-jauh.
Kedukaan yang pernah meranapkan jiwanya telah pun dibersihkan.
Dia tahu.Dia faham bahawa kehidupannya kini jauh berbeza.
Hidupnya hanya sederhana dengan harta benda namun apabila ketenangan di jiwa penuh dengan ketenangan,lagi penuh dengan keriangan.

Beberapa tahun sudah berlalu.Ramai teman-temannya yang masih lagi di takuk lama cuba memujuknya.
Namun kerana kasih dan cintanya terhadap pemilik mutlak terhadap dirinya maka nafsu yang meluap-luap dalam dirinya mampu dipatahkan.
Dia sudah tidak mah sesat lagi.Sudah tidak sanggup untuk terpesong dari jalan yang sepatutnya.

Saat ini.Sakit mula terasa.Jiwanya terasa pedih.
Badannya yang kuat suatu ketika dahulu bagaikan dirobek dengan rakusnya.Dia hanya kaku tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Andai diikutkan hatinya mahu saja dia menjerit selantang suaranya agar ada yang dapat menolongnya.
Sakit.Luka.Pedih.Semuanya diadun dalam satu rasa.

Di satu sudut. Keluarganya meratap apabila melihatnya.Kesedihan mula datang.
Kaku, tubuhnya terbujur kaku di sana dalam keadaan yang lemah sujud ke arah kiblat.
Saat ini, hanya Tuhan saja yang tahu ke manakah roh-Nya pergi.

Persoalan yang pasti bermain di minda, ke syurgakah atau ke nerakakah, seorang insan yang digelar hamba bagi Ilahi.

p/s:
 when you come to the end of all the light you know,
 and 
it's time to step into the darkness of the unknown, 
faith is knowing that one of two things shall happen:
 either you will be given something solid to stand on
 or
 you will be taught to fly.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved