>

Monday, June 13

Teman.

red / smile / friends / spring / beautiful : maiko (geisha apprentice), kyoto japan  / canon 7d EF 85mm f1.8  日本・京都 舞妓 by momoyama



Resah gelisah. Suka dan duka. Riang ria bersama.
Rahsia antara mereka sama dijaga saling dipegang.Tiada yang akan tahu melainkan hanya mereka.
Kalah atau menang, berjaya atau gagal, hiba atau ceria segalanya pasti dikongsi bersama.
Namun, kisah tidak seindah rupa. Mungkin mereka lupa masih ada yang Maha Kuasa.
Perhubungan yang bertahan lamanya akhirnya hilang serta merta. Tangisan, kedukaan serta kepiluan mengusik jiwa. Insan yang dipercayai, insan yang disayangi akhirnya pergi jua.

Kadang kala kita lupa,
kadang kala kita lalai,
kadang kala kita cuai,
kadang kala kita kecewa,
kadang-kadang kita luka.
Sebesar mana jua perasaan itu usah gusar kerana pasti akan ada penawarnya.

p/s: Tiba-tiba hati ini jadi rindu.Moga sejahtera di sana.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved