>

Tuesday, June 7

Semalam.


Kadang-kadang pernah suatu ketika kita berharap agar dapat jadi kaya,
senang sikit hidup di dunia, tapi dah cukupkah usaha yang kita lakukan?

Kadang-kadang akan datang satu masa kita berdoa agar dapat melihat masa depan,
bukan apa dapat juga tengok bagaimana nasib kita, namun dah cukup sempurnakah perbuatan di masa lalu?

Kadang-kadang tiba satu saat kita bermohon agar kita dapat kelihatan sempurna di mata orang yang kita sayang,
bukan apa dapat juga menambat hati orang sekeliling, tapi kurang sangatkah ciptaan Tuhan ini?

Sebenarnya sedih apabila sudah menjadi jantan pergi pula berubah menjadi betina,
sebenarnya lawak apabila sudah sihat sejahtera pergi pula mencari penyakit,
sebenarnya pilu apabila sudah dapat kemudahan pergi pula merosakkan benda yang sedia ada,
sebenarnya marah apabila sudah ada identiti dan agama sendiri pergi pula hidup dengan budaya lain.

Seketika selepas itu mulalah marah orang sana sini,
salahkan pencipta konon-konon hanya mereka saja sempurna,
mulalah untuk berlagak macam dunia ini mereka yang punya.

Tolong ingat dunia ini hanya sementara,
tolong ingat kamu itu bukan Pencipta,
tolong ingat kamu itu akan dihitung,
tolong ingat kamu itu akan mati,
dan tolong ingat kamu akan pergi antara dua tempat sahaja,

Tidak guna kalau berharta tapi berlagak,
tidak guna kalau berupa tapi sombong,
tidak guna kalau berakal tapi kedekut,
tidak guna hidup berTuhan tapi pelupa.

Ingat sebuah kehidupan yang baik ialah tidak seharusnya bermula dengan keceriaan namun di akhirnya berakhir dengan kesedihan,
namun kehidupan yang baik adalah kehidupan yang bersederhana yang mengandungi baik dan buruk pada permulaannya tapi di penghujungnya bermula kembali dengan satu sinar kebahagiaan ke arah kesejahteraan.

p/s: Tiba-tiba rasa Gah!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved