>

Wednesday, June 29

Perawan.

Beautiful Sunset View by mePraP

Kata orang,
 
"Kalau nak buang tatu di kulit itu sakit, sebenarnya buang tatu dosa di hati lagi perit"

Ini kisah mereka. Kisah sekawan yang mencari penawar dalam kehidupan. Kisah sekumpulan insan yang meminta kegembiraan untuk satu kehidupan. Dan kisah seseorang hamba yang mencari takdir dirinya untuk dibawa bertemu dengan Tuhan yang satu.

Sesat. Hilang. Kabur. Semuanya bercampur menjadi satu.Cukup untuk membuatkan seseorang insan hilang arah. Sesat dari jalan yang benar.Hilang dalam kegelapan yang nyata. Kabur dalam pencarian hakikat yang hakiki.Lalu, saat ini datang pula si "Hitam" yang pandai berkata-kata.

Mengajak.Menghasut.Memohon. Segala tipu daya digunakan.Semua helah mula menjadi bicara.Agar yang hilang panduan sesat dalam mencari cahaya abadi yang kekal selamanya.Maka, saat ini pastinya akal yang ada haruslah bertidak dengan sebijaksana.

Kini,mereka meminta-minta agar ditunjukkan dan diberi panduan dalam hari-hari kehidupan yang nyata.Namun, sayang sejuta kali sayang kerana permintaan itu telah diberikan Tuhan dalam kehidupan seharian mereka.Sebenarnya mereka sudah mendapatkan dalam tiang agama yang terang bercahaya.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus 
(al-Fatihah:6)

Saat ini tangan menadah lagi.Penuh berserah.Penuh hampa agar diberikan segala petunjuk.Pinta supaya ditunjukkan dengan tanda-tanda dari yang Maha Esa.Cuba dan cuba untuk meminta agar mendapatkan sebuah kepastian.

Akhirnya, kebenaran mengatasi kejahilan.Doa yang dipohon dikabulkan.Mereka mendapatkannya dalam sebuah Tahajud.Tahajud kerana kasihnya Tuhan terhadap hamba yang meluangkan satu waktu untuk bersama dengannya yang Maha Agung.

Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang Maha Mengetahui.
(ar-Ruum:22)

Lalu, saat ini jua mereka kembali pelang kepada Penciptanya.
Dan hanya menanti untuk hari pembalasan.
Menikmati suatu nikmat yang nyata.

Syurga-Mu!

p/s:Israk Mikraj!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved