>

Wednesday, June 15

Hina.


Dia kurang sempurna. Tidak mampu untuk berkata-kata seperti insan lain yang petah berkata-kata. Tidak jua mampu untuk berfikir sebagaiman insan lain mampu berfikir.Bukan bermakna dia tidak ada akal.Ada, namun kurang kesempurnaannya.Tapi, semangatnya tidak pernah pudar.Dihina, dicaci atau tidak dilayan semuanya bukanlah satu kegagalan baginya kerana dia tahu sebuah kepastian Tuhan itu pasti bersamanya.

Sebenarnya kita merasakan diri kita sempurna walaupun hakikatnya tidak.
selalunya kita merasakan diri kita lebih baik daripada insan lain hakikatnya tidak tepat.
sebolehnya kita ingin semua melihat kesempurnaan kita hakikatnya tidak berguna.
setidak-tidaknya kita mahu menafikan ketidaksempurnaan kita hakikatnya tidak dapat.

Apa dosanya mereka dilahirkan sebegitu? Mereka tidak pernah meminta.Mereka tidak pernah merana.Mereka tidak pernah merengek.Bola tidak akan bergolek andai tidak disentuh.Perasaan tidak akan luluh andai tidak terasa.

Cuba jadi insan biasa
namun cinta antara kita
saling jaga sesama jua
agar esok hari kita bahagia bersama.

p/s:Oh gerhana bulan.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved