>

Sunday, June 5

Ceritera Kehidupan 2 (Menanti bayu yang baru)- Akhir

Bayu angin yang nyaman di kota metropolitan itu menusuk ke kalbu. Suasana yang bingit dengan deruman enjin kenderaan di kota itu talah membangkitkan lagi kesibukan kota itu.Kini, suasana sudah tidak seperti dahulu lagi. Perempuan yang dulunya dikenali gadis kampung yang cantik kini perlu membiasakan diri tanpa kicauan burung yang mendamaikan di pagi hari. Ketenangan serta kehijauan kampung di awal pagi sudah tidak lagi seperti dulu.Dunia begitu cepat berubah dengan arus pembangunan pembawakan manusia.

Perempuan itu menghirup kopi pekat yang dibuatnya tadi.Sudah suam sedikit.Kini, dia bekerja dengan menjaga seorang budak. Seorang budak yang sebangsa dengannya, yang ditinggalkan oleh keluarganya setelah mengikuti pengajian di kota itu.

Budak: Dia bijak. Dia ceria. Dia petah berkata-kata.

Kehidupannya kini telah jauh berubah daripada dulu. Mungkin kali ini perwatakannya telah berbeza. Dia bukan lagi perempuan yang senang untuk memberikan begitu sahaja. Dia lebih suka untuk menerima. Kisah yang lalu mungkin telah membuka matanya. Di sini, dia belajar bahawa kehidupan telah mengajar segalanya. Pedih berduka tidak semestinya akan kekal selamanya. Gembira, ceria serta riang itu juga tidak bermaksud bahawa dia tidak akan mengalami perasaan berduka pula.

Dan yang paling ditakutkannya kini. Ada seorang jejaka yang telah bertapak di hatinya. Sememangnya dia mengetahui bahawa jejaka itu menerima seadanya namun yang menjadi persoalan terbuku di hatinya mampukah untuk memberi ruang atas luka yang ditinggalkan oleh insan yang pernah singgah di hatinya suatu ketika dulu.


Persoalan itu yang kini ligat bermain di minda kecilnya.

"We come to love not by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly... Only after we have lost everything,  are we free to do anything... 
Throw things out there and not be perfect
 and 
not have answers to anything and see if people understand”


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved