>

Thursday, June 23

Cahaya-Part 2

so sad by Alone Bunny .... [Study time]

Dia menyesal.Dan kini dia tahu dia sudah terlambat untuk berpatah balik.Kehidupan kini tidak lagi seperti dulu.Tangisan sahaja yang menemani dirinya.Kaca-kaca air jernih mula membasahi pipinya.Sesalan kerana perbuatannya menghantui dirinya ketika ini.Dia lemah serta mula pasrah akan kehidupannya.

Dia masih ingat suatu ketika dulu.

Temannya ada menegurnya.Mungkin kerana keegoannya maka dia tidak mengendahkan pandangan temannya itu.Namun, nasihat yang dihulurkan oleh temannya itu masih lagi ligat bermain di mindanya itu.

"The Prophet (s.a.w) also urged the Muslims to prepare for death and to take provisions for the Hereafter, He said:
 "Be in this world like a stranger, or a wayfarer.

Tapi, dia sudah seakan-akan menjadi pemilik akan kehidupannya sendiri.Dia sudah tidak kenal lagi siapa Tuhannya.Dia tidak pernah ambil tahu akan tanggungjawabnya selama ini.Dan yang paling menghampakan bagi dirinya kerana dia tidak pernah untuk menghargai erti kehidupan yang diberikan oleh Tuhannya setelah sekian lama.Saat ini, air mata kembali bercucuran membasahi pipinya.Tuhan, aku kotor, aku jijik, aku penuh dengan noda serta dosa.

Dalam dirinya kini tertanya-tanya apakah nasib dirinya di sana nanti?
Masihkah ada peluang baginya untuk kembali sujud kepada Ilahi?
Dapatkah untuk dirinya menikmati syurga Ilahi saat dirinya telah pergi esok hari?
Bisakah untuk menjadikan Tuhan sebagan tempat mengadu masalah yang dihadapi?
Mampukah Tuhan menerimanya mekipun dahulu dia tidak pernah menyembah kasih Ilahi yang suci?

Lalu, di saat keheningan malam yang begermelapan dengan bintang-bintang.Di saat insan lain sedang sibuk melenakan diri menikmati mimpi.Pemuda ini bingkas bangun.
Tangannya terketar-ketar saat air mutlak yang suci membasuhi muka.Bukan kerana kesejukan pagi itu namun kerana malu yang mencengkam jiwa.Dia tahu sebelum ini dia tidak pernah sebegini.

Setelah lama tubuh yang lemah itu menyembah Ilahi.Kini ketenangan kembali mengusik jiwanya.Dia mampu merasakan kehadiran satu perasaan yang aneh menusuk kalbunya.Tuhan, adakah ini petanda bahawa hambamu ini mula diterima? Persoalan ini berlegar-legar di mindanya yang kosong ketika ini.

Kini,tangannya ligat menadah tangan menyebut nama Ilahi.Tidak lupa untuk dia menyelitkan jua sekeping doa daripada surah yang sering ditatapnya ketika ini.Sekeping doa yang nampak biasa namun begitu bererti bagi dirinya ini.

Katakanlah: 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam 
( al- An'aam:162).

Kini.
Dia rebah.Dia mengalah.Dia pasrah.
Segala urusannya apabila pergi nanti hanya mampu berserah kepada
Ilahi yang dicintai.

p/s: Andai ini takdirnya.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved