>

Friday, June 17

Cahaya- Part 1

Dia pemuda yang kacak. Tidak lupa jua dia seorang yang kaya raya. Sekali dipandang pasti ramai wanita yang meminta untuk dijadikan pasangan sehati lagi sejiwa. Namun keindahan luaran tidaklah seindah gambaran dalaman. Benar, kehidupan manusia memang senang dipandang oleh luarannya namun ceritera dalaman hanya Tuhan yang tahu. Sekilas dipandang mungkin kita mampu memberikan 1000 penceritaan namun apabila sudah dikenali mungkin hanya seratus saja yang mungkin benar. 

Luar sihat, namun sebenarnya nyawa masih tinggal sekerat. Oh kuasa Tuhan tiada siapa yang tahu.

Dahulu dia kaya.
Kini dia meronta-ronta dalam kemiskinan.
Dahulu dia kacak bergaya.
 Kini dia dipandang pun tidak mahu.Kotor,jijik, Oh manusia.
Dahulu dia gah mencipta nama. 
Kini ingin menyebut namanya sudah kelu akan lidah ini.

Beberapa tahun yang lalu..

Pemuda ini begitu berbangga dengan harta yang dikurnia.Bagaikan raja yang kaya raya.Segala yang diidam pasti akan terlaksana.Urusan tuhan sudah dilupakan kerana meyakini diri mampu hidup selamanya.Tapi sayang keindahan dunia tidak seperti yang dibayangkan.


Apa gunanya berharta kalau tidak ceria?
Apa gunanya keluarga andai tidak bahagia?
Apa gunanya cinta kalau tidak gembira?
Apa gunanya nama andai dipandang hina?

Keresahan.Kegelisahan.Melanda jiwa membuatkan hati meronta-ronta.Maka kerana sebuah cahaya utusan Tuhan akhirnya diri kembali meraba-raba mencari akhirat yang sempurna.

Terpesona dengan bisikan ayat-ayat yang mencengkam jiwa.
Kerana sepotong ayat lalu membuatkan diri mengalir air mata.



Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya 
Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya.
 Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.
{al-Hadiid: 9}



p/s: Maka bertaubatlah.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved