>

Friday, May 27

Seperti yang dijanji.

Tumblr_lgrl7uzuw11qb7o6so1_500_large


Ini kisah Dia.
Ini ceritera mereka.Dua insan yang saling rapat.Sentiasa bersama.
Mungkin hati ingin meluahkan tapi kata tidak seindah perasaan.
Sukar diluah bagai tak terkata.Termeterai janji bersama kata,berjanji untuk berteman selamanya.

Untuk si Dia yang cantik.Buat si Dia yang menarik.
Soal hati dan perasaan bukan mainan cinta.Esok,lusa bukan yang diimpikan,
tapi yang menjadi gundah gulana ialah mengenai soal hati dan perasaan.
Datang si Dia petah berbicara meluahkan hati buat sang permata.
Namun sayang kerana hati si sang permata sudah berada di dalam gelas kaca.

Mampukah untuk berteman selamanya,andai dalam hati masih ada cinta?
Mampukah untuk diam tanpa kata,andai jiwa meronta dan merana?
Mampukah untuk melihat bersama yang lain,andai cinta kekal selamanya?
Mampukah untuk terus bahagia,andai diri ini masih meminta agar diterima?

Teman,bersabarlah.
Hidup ini penuh pancaroba.Cinta bukan ada hari ini esok sudah tiada.
Perasaan bukan luka esok lusa sudah sembuh seperti sedia kala.
Jiwa bukan pedih lusa tulat kembali biasa.

Moga mampu mencari yang lebih sempurna.

p/s:Sabar sabar sabar.Tahniah kepada diri.

2 comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved