>

Monday, May 23

Mencari persoalan Ilahi.

Inspiring,quote,quotes,post,it,motivational,gbaehb-b0e4551b6447352b5ecd29da241a05a2_h_large

Pernah suatu ketika.
Seorang budak kecil bertanya ibunya.


Adik: Mama, kenapa dalam kehidupan ini kita perlukan kasih sayang?

Mama: (Tersenyum,mungkin tergamam seketika dengan pertanyaan anaknya itu) Sebelum mama bagi jawapannya, kenapa adik tanya kat mama ni?

Adik: Tak adalah adik tanya sebab adik hairan tengok abang dan kakak bersedih dan marah-marah katanya bila sudah tidak ada lagi kasah sayang antara orang yang disayanginya. Sebab itu adik rasa tidak perlulah wujudnya kasih sayang ini.
Mama: Adik, kasih sayang ini ibarat rantai besi, makin dipanaskan besi itu tidak akan cair namun besi itu akan menjadi kukuh dan teguh.Memang kita akan berasa sedih bila hilangnya kasih sayang.Namun, mungkin kerana kita belum jumpa dengan orang yang sebetulnya.Tapi, apabila sudah jumpa pasti kasih sayang itu akan menjadi kukuh.

Adik: Oh,kalau begitu samalah macam kasih sayang kita kepada Tuhan kan mama? Kalau Tuhan tidak sayang pasti Tuhan tidak bagi peringatan seperti besi yang perlukan kepanasan bukan?
Mama: Pandai anak mama ni.

p/s: Kadang-kadang dalam kehidupan ini.Kita suka untuk mempersoalkan sesuatu tapi pernahkah kita cuba untuk berfikir sejenak tentang hikmah akan sesuatu kejadian itu?


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved