>

Sunday, May 1

May.

The old man and the pain by Ali K.

Dulu.
Senyumannya menjadi penawarnya.
Kesedihannya menjadi kemtangannya.
Keletahnya menjadi keriangan dalam kehidupan.
Kini,
semua itu sudah tida lagi.
Mungkin ada yang tidak mengerti.
Namun hanya Tuhan yang tahu tentang sesuatu yang pasti.
Esok,
pelbagai perasaan akan datang melanda.
Sedih,marah,menyesal segalanya pasti ada.
Saat ini pastinya akan memohon agar mampu diundurkan masa.

Kehidupan sememangnya begini.
Bukan semuanya akan seperti yang dirancang.
Ianya tidak semestinya bersulamkan keindahan sahaja,
kadang kala perlu juga diisi dengan kesedihan,
kerana ianya kematangan,ianya kekuatan,
dan paling penting ianya satu nilai yang besar untuk melihat siapakah yang akan bersama dengan kita saat kesedihan itu datang menjelma.
Kehilangan itu pasti akan datang,
dan hanya insan-insan yang dipilih dan terpilih yang mampu untuk memberitahu,
Ya Tuhan, ujian ini sememangnya kuat dan aku mohon agar aku mampu untuk harunginya.
dan mereka yang tidak kuat pasti akan mencari serta melakukan perkara yang bodoh.

Untuk mereka yang pernah lalui kesedihan,
ingatlah dan yakinlah bahawa segala ujian yang diberikan oleh Tuhan itu,
satu bentuk kasih sayang yang sangat besar,
kerana Tuhan tahu kita mungkin berduka untuk seketika namun selepas ianya berlalu,
kita pasti dapat menerimanya.
Benar,kadang-kadan yang pahit itu sukar ditelan namun cubalah untuk menelannya kerana kelak mungkin ia membawa penawar bagi sebuah kehidupan.
Bukan semua kesedihan itu akan berakhir dengan kesedihan,
kerana pernah juga satu ketika selepas kesedihan itu berakhir ianya mekar dengan kebahagiaan.
Mungkin tidak di sini,di akhirat ianya pasti.
Percayalah!


p/s: 13051993.Moga bahagia di sana,Nad.(Happy Advance Birthday)

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved