>

Wednesday, May 25

Agungnya kasih Tuhan

kis csibészek by horizoli



Ini ditujukan khas kepada mereka.

Setiap insan yang hidup pasti akan bertemu ajalnya.
Cuma, masanya belum diketahui.Mungkin esok,lusa atau hari-hari seterusnya.
Dan, kita sendiri tidak tahu bagaimana ajal itu akan datang.Bagaimana rupanya.Apakah perasaannya.Serta adakah ajal itu akan menjadi mudah atau sukar.
Maut itu ibarat soalan yang tiada jawapan kerana kesudahannya hanya yang atas mengetahui segalanya.

Untuk mereka yang pernah merasa kehilangan insan yang tercinta.Benar perasaan itu sukar digambarkan.Andai sejuta pedang menghunus ke dada juga belum pasti dapat menggambarkan kepedihan akan perasaan kehilangan yang dicinta.Sakit,pedih,sedih perasaan ini hanyalah sebuah gambaran kerana yang di dalam ini tidak dapat dilihat.Sesungguhnya hanya pencipta yang kasih mengetahui segala yang terkandung di dalam dada.

Bersyukurlah dengan segala apa yang ada.
Bersabarlah dengan dugaan yang diterima.
Beribadatlah dengan hati yang ikhlas selagi nyawa masih di dada.
Berdoalah dengan fikiran yang sejahhtera agar dipermudahkan segala perkara.

Buat mangsa tanah runtuh baru-baru ini.Bersabarlah akan dugaan ini kerana yakin dan percayalah sesungguhnya Tuhan tahu kamu dan juga kamu serta kamu sememangnya kuat untuk mengharunginya.
Sesungguhnya tiada daya dan juga upaya oleh sekumpulan manusia untuk mengubah sesuatu yang sudah ditakdirkan sebaiknya kepada mereka.
Ingat dan ketahuilah bahawa cabaran ini adalah satu kematangan yang diunjurkan oleh Tuhan agar kita saling ingat-mengingati, pesan-memesan dan kasih mengasihani antara satu sama lain.
Ini adalah satu pengajaran yang penuh dengan hikmah dan sesungguhnya hanya mereka yang sedar akan mengambil pengajaran ini dengan kebijaksanaan.

Mulakan kehidupan baru dengan warna-warna yang baru,
Teruskan kehidupan seterusnya dengan hikmah yang jitu,
Hidupkan semangat yang mungkin telah layu,
Agar esok hari bertemu dengan perkara yang dijanji oleh Tuhanmu.

p/s: Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban dan takziah kepada mereka yang cedera dalaman atau luaran mohon agar sembuh sepenuhnya.

Tidak lupa juga tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved