>

Friday, April 22

Berikan kami peluang, kami perlukannya!

Terima kasih.Untuk segala bahang yang makin jelas terasa.
Terima kasih kepada yang sudi memberi kerjasama.
Terima kasih kepada yang tidak henti-henti menyokong.

Kami membina impian,kami harap ianya menjadi kenyataan,
Kami cuba bermimpi,kami mohon ianya sebuah realiti,
Kami bersujud dengan penuh pengharapan,kami minta ianya dikabulkan.
Peluang datang berkali-kali,kami mahu ianya jadi sekali.
Tuhan,
ini rintihan,ini luahan,ini harapan,
kami tidak mengharapkan untuk yang terbaik,
namun kami mengharapkan peluang menjadi terbaik.
Berilah kami peluang,
Tunjukkan kami jalan,
dan berkatilah segala pekerjaan.
Segala halangan akan ditempuhi,
segala cemuhan akan kami perbaiki,
dan segala keresahan akan kami cuba lupakan.

Kami hanya mohon satu,
satu dalam seribu,
satu dalam sejuta,
berikanlah kami agar menjadi yang satu,
satu di hati mereka.

ps:Insyaallah,kami doa,Dia menentukan.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved