>

Friday, March 11

Suratan atau kebetulan-Part 2 (Akhir)

The night is lighter than it's hue by f. prestes


Hari ini,
hikayat ini mungkin akan menjadi lagi sebutan,
atau mungkin juga akan terus menjadi buah mulut orang,
ianya mungkinlah bukan sebuah ceritera yang semua orang tahu,
namun cukuplah untuk menjadi sebuah pengajaran yang tercatit di sebenak pemikiran orang,
Kalau dah dalam diri ada sifat kebencian,
sebenarnya susah untuk dihakis sifat itu,
kerana mungkin lama-lama ianya dah terpalit dalam diri.

Dalam hal ini,
tiada siapa perlu dipersalahkan melainkan diri sendiri,
namun apa yang menjadi harapan ialah agar masih ada lagi kewarasan dalam diri.
Kadang-kadang bila kita dah terdesak,
kita mampu untuk melakukan perkara di luar batasan,
mereka-mereka yang lahir pada hari ini,
sebenarnya ramai sahaja yang indah budi bahasa,
namun mungkin atas tekanan dan desakan,
mereka terpaksa,
rompak sana sini,rogol kanan kiri,buang anak dulu kini,

Manusia mampu lakukan apa sahaja,
kadang-kadang baik macam malaikat,
dan kadang-kadang jahat macam binatang,
atau mungkin lebih lagi agaknya,
jadi gunakanlah dengan sebaiknya,
tidak perlu hidup untuk benci membenci kalau dalam diri hanya ada sikap pentingkan diri,
tidak perlu hidup untuk mengumpat sana sini kalau diri sendiri tidak sempurna mana,
tidak perlu hidup menyalahkan orang lain kalau tidak pernah belajar kesilapan sendiri.

bukan semua indah itu mimpi,
dan bukan semua hodoh itu realiti,
namun belajarlah mencipta sebuah mimpi yang indah dalam realiti,
kerana daripada mimpi mungkin kita mampu belajar mengenal diri sendiri.
agaknya,mungkin?

p/s: He acts like he doesn't give a fuck. But we all know he's falling apart with out her smile.




Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved