>

Friday, March 18

Seandainya.

Inside Psychiatric Hospital At Lier (third visit) by Martin Widlund

Semalam kan.Dia terjumpa dengan seorang teman.Biasalah bila dah lama tak jumpa.Rasa rindu itu pasti ada bukan? Maka mereka saling meluahkan rasa rindu. Sekarang semuanya dah berkeluarga. Cerita yang lalu kina bertaut kembali. Segala rahsia yang dulu tersemat kini telah terlerai. Biasalah, dah nama pun teman lama. Pasti akan ada segala ceritera yang ingin diluahkan.

Namun, kawannya yang dulu agak berisi kini sudah benar-benar tiada berdaya.Dulunya kuat dan bertenaga kini begitu lemah dan bersahaja. Sewaktu dulu, tangan sasa itu yang gah mendukung anaknya. Kini anaknya yang mengangkat dia jika mahu ke mana-mana. Kuasa Tuhan siapalah yang tahu.

Hanya kerana sakit dia terseksa. Hanya kerana sakit dia begitu lemah dan tidak mampu berkata-kata.Ujian Tuhan memang tidak terdaya.Mujur masih ada yang mampu mendoakan.Kini, dia hanya menunggu takdir Tuhan. Sudah di penghujung nyawa hanya doa yang mampu diminta. Walaupun dalam hati masih meronta-ronta agar diberikan kesihatan yang berpanjangan,kesempurnaan dalam sebuah kehidupan.
Tapi dia yakin akan segala yang perlu diterima.

p/s: Kepada seorang teman semoga sembuh daripada penyakit ya.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved