>

Sunday, March 27

Paranormal


INDIA3755/ Stoned/hallucinating/crazy by GLOSACK
Dia berjalan-jalan ke sini dan sana.
Dengan pakaian compang-camping. Tidak terurus.
Rambut yang kusut masai. Tidak kemas sekali.
Misai;janggut memenuhi seluruh mukanya. 
Berjalan dengan begitu lemah sekali. Orang yang melihat pasti tertanya-tanya.
Tidak kurang pula yang sudah berani memberikan kesimpulan yang mudah.
Dia paranormal. Dia pasti gila. Dia sudah mereng akal agaknya.

Namun, tidak kurang yang tahu menilai seseorang.
Kata orang mata susah untuk menipu. Dan daripada mata kita mampu membuat sebuah tafsiran.
Melalui matanya, sesuatu dapat dirungkai. Kehidupannya amat perit namun dia tetap penuh dengan semangat bukan provokasi menentang kehidupan.
Dia mencari nilai kehidupan untuk insan tersayang. Mengutip kertas,papan di tong sampah.
Hanya untuk mencari sesuap nasi. Tapi dihina,dicaci tidak kurang diherdik.
Dia tidak pernah bimbang,dia tidak pernah khuatir.
Dia tahu bahawa Maha Esa itu adil.
Mungkin masa lalu dia terleka namun dia tidak mahu masa lalu itu berulang pada hari esoknya.

Kita mudah untuk memberikan sesebuah tafsiran. Tanpa kita lupa kadang-kadang tafsiran itu mampu membuatkan kita untuk bertindak lebih uar biasa berbanding sepatutnya.

p/s: Masih belajar tentang nilai kehidupan.

2 comments:

Hera Odessa said...

Paranormal? Bukan paranormal tu macam hantu hantu ke? I think he is abnormal :)

Wook said...

haha..urm yeah2 taw2...since dye x kemas n x lawa..mcm hntu ah..

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved