>

Thursday, March 17

Kuasa

Surfer by .: Philipp Klinger :.

Dia kurang pandai, tidak bererti bodoh,
dia kurang berani, tidak bererti dia lemah,
dia kurang bercakap, tidak bererti bisu,
namun, semangat dia masih kuat,
doa dia tidak pernah lupa,
Tuhan dia masih percaya,dan dia yakin dan percaya bahawa masih akan ada keajaiban,
kerana dia tahu masih ada yang berkuasa.

Hari demi hari, dia berusaha,
tahun demi tahun, dia mengejar cita-cita,
zaman demi zaman, dia mendaki ke puncak kejayaan,
segala keluhan dilupakan, segala keresahan ditinggalkan,
hanya doa yang berterusan, begitu juga dengan semangat yang berkekalan.

Kini,dia berjaya.
Mencapai segala yang diidam,
yang dulu mengejek kina menyokong,
yang dulu memerli kini kembali.
Dia yakin dan percaya bahawa di setiap kegagalan pasti akan lahir sebuah kegembiraan.
Di sebalik kesusahan pasti akan wujud sebuah kejayaan.
Dan kini ia kecapi.Kerana dia tahu Tuhan berikan segalanya pada yang mahu.

p/s: I wish for it.Now i succeed.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved