>

Wednesday, March 23

Berjayalah sangat!

Tahniah dan syabas kepada anda dan juga anda serta anda.
Semoga kejayaan yang anda semua terima pada hari ini mampu diteruskan lagi di masa hadapan ya!
Tapi tolong jangan lupa,bila di mana-mana saja anda belajar tolong dan tolong buatlah kawan yang baik-baik saja.Yakin dan percayalah jika tidak esok hari anda akan pasti merana.
Buat yang kurang berjaya,tolong jangan pernah putus asa kerana pastilah bahawa kegagalan hari ini mungkin mampu diganti dengan kejayaan pada masa hadapan.
Semoga dapat buat keputusan dengan lebih bijak dan munasabah ya.
Semoga dapat terima semua yang sudah ditakdirkan atas usaha masing-masing.
Semoga dapat mencipta kejayaan hari demi hari.


Kejayaan pada hari ini mampu dikekalkan dengan kemantapan yang teguh dibina,kegagalan hari ini mampu dilupakan dengan usaha yang berterusan.Kejayaan hari ini mampu pudar dengan sikap yang terabai.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved