>

Saturday, March 19

Adakah esok?

she dropped the fake smile
as a tear flowed down her cheek
and she whispered to herself
" i can't do this anymore "








Andainya diri masih lagi diberikan kekuatan, aku mohon untuk melihat hari esok agar kepahitan yang wujud pada hari ini akan pudar. Namun Tuhan itu lebih mengerti kerana dia tahu mungkin hari esok akan menjadi lebih terseksa berbanding hari ini. Kadang-kadang kita takut untuk meluahkan sesuatu yang mungkin mampu meninggalkan luka kepada orang-orang yang kita sayang. Tapi kita lupa saat kita meninggalkan mereka yang kita sayang itu tanpa mereka tidak tahu apa-apa kita hanya memberikan parut yang akan kekal terperap selamanya di dalam hati mereka.

Mungkin susah untuk menerima itu ini kerana ingin menjaga hati dan perasaan mereka yang sentiasa berada di sekeliling kita. Yakin dan percayalah mereka lebih sanggup untuk berkongsi kesakitan itu sewaktu kehadiran anda berbanding dengan apabila anda telah meninggalkan mereka tanpa mereka kelu untuk berkata-kata kerana tidak mampu untuk memberikan apa-apa. Fikirkanlah!

p/s: Saya melaluinya dan ia perit !
Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved