>

Monday, February 28

Tolong?

{ i'm having a... } by {.Cris♥.}


Dia tampan. Dia bijak. Dia kaya. Dia ada segalanya.
Sekali dia bersuara,wanita pun bisa jadi gila.
Bagi wanita, dia lelaki sempurna.
Bahagianya dunia andai bersama si dia.


Si dia lain pula ceriteranya. Ada rupa namun lain saiznya.
Mungkin sekali dipandang tidak ramai yang tergoda.
Namun dia masih mempunyai semangat yang membara.
Yakin dan percaya bahawa masih akan ada yang menyintainya.

Si wanita menyimpan hati pada si tampan.
Meskipun masih ada teman yang cuba mengambli  hati si wanita.
Namun si wanita tidak cuba melayan temannya.
Lama kelamaan si wanita meluahkan namun ditolak.
Mujur ada teman yang memahami jikalau tidak,pasti melakukan satu-satu kerja gila.


Pergi membawa diri,dengan harapan akan berubah satu hari.
Si temannya kian terluka,kerana wanita dicinta kini sudah tiada di sampingnya.
Tiada lagi suka,juga tiada lagi senyuman yang bermakna.
Bertahun lamanya,si wanita kembali pulang dengan membawa sebuah perubahan.
Kini,si lelaki yang dahulunya menolak cuba memikat.
Segala madah bicara diguna bagi menawan si bidadari yang cantik jelita.
Namun semua itu sudah tidak berguna,kerana si wanita tahu siapa di hatinya.


Si wanita cuba mencari si teman pujaan hatinya.
Setelah berjumpa dia meluahkan perasaannya.
Segala kisah sudah terlaksana.
Cinta yang terlerai diikiat selamanya.
Melayari bahtera cinta bersama-sama.
Dengan harapan restu Tuhan yang Maha kuasa.

p/s: Kadang-kadang kita terlalu memilih pasangan yang sempurna hingga memandang rendah pada yang biasa-biasa sahaja.Cuba hari ini lihat diri kita adakah sudah sempurna di mata insan yang kita cinta?

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved