>

Friday, February 18

Bajet? (Bab 2)- Akhir

Dah memang adat dunialah kan,
kadang-kadang pernah juga kita terperasan,
yalah,dah nama pun manusia,
pastilah akan ada sikap itu,
bila keliling tangan dah ada barang perhiasan,
bila diri dah lengkap dengan pakaian mewah,
sah sah bila jalan nak orang tengok,
pesan dalam diri jangan ada sikap begitu,
tak baik namanya,
cuba hidup dengan bersederhana,
walaupun harta keliling dunia..

Pernah suatu ketika tu,
bila ilmu dah penuh di dada,
mulalah dapat pujian,
awak ni pandailah,
sah sah dalam diri itu ada rasa bangga,
biasalah dah nama pun manusia,
mulalah perkecilkan orang,
diri ini tidaklah pandai sangat tapi dah dia itu "bodoh" sangat,
tak baik namanya,
cuba kongsi ilmu yang ada,
walaupun ilmu dah cukup di minda,

Kemudian diri dah jadi terkenal,
apa lagi mulalah lupa segala benda,
tak cukup dengan itu keluarga pun jadi porak peranda,
ada jadi duda,ada yang jadi janda,tak kurang pulak ada yang merana,
mulalah nak tumpukan pada dunia aja,
tak baik namanya,
cuba jadi insan biasa,
walaupun dan terkenal di persada antarabangsa..

Biasalah,
tahu dan sangat tahu,
memang adat manusia,
tak pernah dalam jiwa nak kata salah,
cuma kenalah berpada-pada,
jangan sampai hari ke hari kita makin lupa,
cuma ingatkan diri aja,
kalaulah hari ini pernah kita ada rasa sikap sebegitu rupa,
cuba ambil masa muhasab sikit,
sikit pun jadilah,
sebelum tidur tu,
ingat,
dunia ini perhentian sahaja,
dan destinasi seterusnya pasti akan ada..

p/s: Life is about a competition,but it is not about winning the competition,it is about the points that you grab from every field that you participate!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved